Usul usul dakwah (Tata tertib dakwah khuruj fii sabilillah)

Ada dua puluh lapan tertib yang harus dipatuhi oleh setiap da’ie ketika keluar di jalan Allah, iaitu;
(Keterangan : Di indonesia 28 usul dakwah, sedangkan di Negara lain hanya 12 atau 16 usul saja).

Ada dua puluh lapan tertib yang harus dipatuhi oleh setiap da’ie ketika keluar di jalan Allah, iaitu;

1. Empat perkara yang diperbanyakkan;

* Dakwah ilallah – Dakwah ijtima’i, dakwah infradi, dakwah umumi dan dakwah khususi.
* Ta’lim wal ta’lum – Ta’lim infradi, ta’lim ijtimai, halaqah tajwid, fadhilah amal dan muzakarah sifat-sifat sahabat.
* Zikir dan Ibadah – Zikir: membaca Subhanallah, wal hamdulillah, walaa ilaaha illallah, wallahu akbar; selawat, istighfar dan tilawah Al-Quran. Ibadah: Ibadah fardhu, wajib, sunat dan mustahab.
* Khidmat – Khidmat kepada diri sendiri, rombongan jemaah, (kariah)kampung dan amir jemaah.

2. Empat perkara yang dikurangkan;

* Kurangkan masa makan dan minum.
* Kurangkan masa tidur dan rehat.
* Kurangkan percakapan yang sia-sia.
* Kurangkan masa di luar masjid.

3. Empat perkara yang ditinggalkan;

* Ishraaf (perbuatan boros atau membazir).
* Berharap (dalam hati) kepada makhluk.
* Meminta kepada makhluk.
* Menggunakan barang orang lain tanpa izin.

4. Empat perkara yang tidak boleh disentuh;

* Perbedaan aqidah.
* Khilafiah/ mazhab.
* Politik, aib masyarakat, pangkat serta derma.
* Berdebat (mujadalah).

5. Empat perkara yang dijaga;

* Mengutamakan amal ijtima’i daripada amal infradi.
* Kehormatan masjid.
* Ketaatan kepada amir jemaah.
* Sabar dan tahamul (ketahanan dalam menghadapi ujian).

6. Empat perkara yang dijauhkan;

* Tankish (merendahkan).
* Tankind (mengkritik).
* Tardid (menafikan atau menolak sama sekali).
* Taqobul (membanding-bandingkan).

7. Empat pilar (tiang/ dasar) agama;

* Ahli dakwah (tabligh, da’ie, juru dakwah).
* Tadris (para ulama, pengasuh/mudir pondok pesantren/ madrasah, majlis ta’lim).
* Kanka (mursyid, ahli tareqat) dan
* Musanif (para pengarang kitab).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *