DOA QUNUT NAZILAH DAN TERJEMAHAN

“Ya Allah, sesungguhnya kami
letakkan Engkau di batang
leher musuh-musuh kami, dan
kami berlindung denganMU
dari kejahatan mereka. Ya
Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka!
Kacau-bilaukan persatuan
mereka! Cerai-beraikan
pakatan mereka! Goncangkan
pendirian mereka! Hantarkan
ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang
Gagah Perkasa, Wahai Tuhan
Yang Bersifat Murka, Wahai
Tuhan Yang Maha Menyiksa,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.
Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai
Tuhan yang menggerakkan
awanan, wahai Tuhan yang
menewaskan bala tentera
Ahzab, kalahkanlah mereka,
menangkanlah kami ke atas mereka…” Ya Allah, sesungguhnya kami
bermohon pertolonganMU,
kami meminta ampun
kepadaMU, kami memohon
petunjuk dariMU, kami
beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami
memujiMU dengan segala
kebaikan, kami mensyukuri
dan tidak mengkufuriMU. Ya
Allah, hentikanlah segala
macam kezaliman dan permusuhan, bantulah
saudara-saudara seIslam kami
di mana sahaja mereka
berada. Angkatlah dari
mereka kesusahan, bala,
peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah
saudara seIslam kami di Gaza
yang dizalimi oleh kekejaman
rejim zionis dari segala
keburukan dan hindarkanlah
mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat
menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.
Allahumma Aameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *